Kaum wanita di sini gemar mengusahakan tanaman buah-buahan

Wanita Dinamis Felcra

K

aum wanita tidak lagi dianggap lemah dan ketinggalan dewasa ini. Mereka kini lebih bijak dan mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan selain menyumbang dalam aktiviti kemasyarakatan. Terdapat beberapa pertubuhan yang diwujudkan dalam menjaga kebajikan dan menarik wanita untuk lebih aktif.

 
Antara wanita yang aktif menjalankan aktiviti Kumpulan Pembangunan Wanita Kerdau
 

Kumpulan Pembangunan Wanita Kerdau sering menjalankan aktiviti untuk kaum wanita. Antaranya ialah mengadakan lawatan ke tapak tanaman anggur di Beseri Perlis, membuat bubur Asyura sempena Maal Hijrah di Masjid Omar Abdul Aziz dan lain-lain lagi. Selain itu, mereka juga ada menjemput guru masakan dari luar untuk mengajar mereka cara membuat pizza, manakala cara pembuatan kerepek bawang diberi tunjuk ajar oleh Pegawai Pertanian dari Pejabat Pertanian Daerah Temerloh.

Terdapat sebuah kumpulan marhaban yang menggelar diri mereka Kumpulan Marhaban Al-Jiddan. Antara aktiviti kumpulan ini ialah  mengadakan persembahan Marhaban pada majlis-majlis perkahwinan penduduk atau majlis cukur jambul. Biasanya mereka akan mengadakan latihan marhaban di Masjid Omar Abdul Aziz, atau di rumah ahli-ahli marhaban. WADIRA yang bermaksud Wanita Dinamis Felcra adalah antara salah satu persatuan wanita yang terdapat di Kerdau. Antara aktivitinya ialah kelas mengaji Al-Quran dan Muqaddam bagi ahli WADIRA dan kanak-kanak pada setiap hari Khamis dan Ahad.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK