Tersergam indah

Merapatkan Jurang Digital

P

erpustakaan Desa Kerdau merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan bagi merapatkan jurang digital antara penduduk desa dan penduduk bandar. Komputer dan Internet disediakan untuk digunakan sepenuhnya oleh penduduk terutama pelajar-pelajar dan belia bagi menyelesaikan tugas berkaitan dengan pelajaran. Mereka kini semakin terdedah dengan Internet berbanding pada masa lalu, namun, para pelajar atau belia yang menggunakan perkhidmatan Internet masih diawasi oleh penyelaras bagi mengelakkan mereka menyalahgunakannya.

 
 
Lengkap dengan setiap kategori bahan bacaan

 
 
Melentur buluh biarlah daripada rebungnya

Perpustakaan Desa Kerdau beroperasi pada hari Rabu hingga ke hari Ahad bermula pada pukul 8.45 pagi hingga 5.00 petang. Manakala pada hari Ahad, Perpustakaan Desa Kerdau beroperasi pada pukul 9.45 pagi hingga 5 petang. Perpustakaan Desa Kerdau juga menjalankan aktiviti bagi meningkatkan jumlah pengunjung yang datang ke sini. Antara aktiviti yang dijalankan di sini ialah pertandingan melukis, acara kuiz kemerdekaan, dan beberapa aktiviti lain. Purata pengunjung yang datang ke Perpustakaan Desa Kerdau ialah di antara 30 hingga 60 orang. Oleh kerana perpustakaan desa itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat maka Perpustakaan Desa Kerdau mendapat bekalan dua buah komputer lagi daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Sebelum ini, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) menyediakan hanya dua buah komputer. Perkembangan pendidikan adalah sejajar dengan perkembangan ICT yang dinikmati oleh penduduk Kerdau.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK