Merenung masa hadapan Kerdau

Pokok Kerdau Memberi Inspirasi

P

enempatan di Kerdau telah dibuka sejak tahun 1800 lagi. Nama Kerdau diambil kerana dahulunya kawasan itu dipenuhi dengan pokok kerdau. Pokok kerdau berbentuk seperti pokok pinang, iaitu tidak berdahan dan berbatang kecil. Pokok kerdau dijadikan sebagai perhiasan apabila terdapat orang kenamaan datang melawat ke kawasan ini. Lama-kelamaan nama Kerdau diabadikan sebagai nama kampung tersebut disebabkan pokok-pokok kerdau yang tumbuh melata di kawasan ini.

 
Di kawasan inilah dipercayai pokok kerdau tumbuh melata
 

Banyak perubahan dapat dinikmati dan dialami oleh penduduk Kerdau dari segi pembangunan, pendidikan dan kemudahan. Arus pembangunan dapat dilihat dengan jelas di sini di mana rumah-rumah tradisional kini diganti dengan rumah-rumah batu. Pendidikan di sini juga kian dititik-beratkan dengan adanya pembinaan sekolah-sekolah. Kini pelajar tidak perlu berulang -alik ke kampung-kampung sekitar untuk mendapatkan pendidikan. Kemudahan-kemudahan di Kerdau juga adalah lengkap dengan infrastruktur yang telah disediakan oleh pihak berkuasa bagi memudahkan dan melancarkan kehidupan penduduk di Kerdau.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK