Hubungan yang baik antara penduduk dikekalkan

Ikatan Kekeluargaan Utuh

P
  "Sehingga sekarang, penduduknya masih mengamalkan budaya hormat-menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan bangsa dan pegangan hidup."
   

enduduk Kerdau dianggarkan seramai 3,000 orang. Antara yang terawal membina penempatan di kampung itu ialah kaum Melayu di samping dihuni juga oleh orang ina, India dan segelintir kaum Orang Asli. Sehingga sekarang, penduduknya masih mengamalkan budaya hormat-menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan bangsa dan pegangan hidup.

Penempatan di Kampung Kerdau telah dibuka sejak tahun 1800 dan pembinaan rumah-rumah di sini adalah secara berselerak. Kebanyakan rumah dibina secara berdekatan dengan jarak antara 100 meter hingga 300 meter. Hubungan kekeluargaan yang terjalin antara jiran tetangga menjadi sebab mengapa mereka mendirikan rumah-rumah itu secara berdekatan. Penduduk di situ masih mengamalkan cara hidup yang harmoni dan mengutamakan kesejahteraan. Budaya hidup di Kerdau patut dicontohi dan dipraktikkan agar keharmonian dapat dicapai dalam sesebuah kawasan.

 
Penduduk  kampung  boleh mendapat maklumat semasa melalui  akhbar  atau melalui siaran radio dan televisyen
 

Sejak tahun 1800, kebanyakan penduduk sudah terlibat dalam kegiatan pertanian. Pertanian bukan sahaja merupakan aktiviti yang kerap dijalankan oleh kebanyakan penduduk kampung di situ, bahkan ia boleh dianggap sebagai pekerjaan utama yang dijalankan sejak turun-temurun. Ahli-ahli keluarga akan turut sama membantu mengerah keringat untuk bekerja di kebun-kebun getah dan kelapa sawit serta kebun buah-buahan.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK