Setitik susu getah umpama setitik peluh penoreh

Bantuan Pelbagai Organisasi

P

ertanian merupakan aktiviti utama penduduk di Kerdau. Kebun-kebun getah yang terdapat di sini merupakan kebun yang dijalankan secara individu. Kebanyakan penduduk yang mengusahakan pertanian di sini terdiri daripada golongan warga emas. Disebabkan tenaga yang terhad, segelintir penoreh mengupah pekerja-pekerja asing untuk membantu menguruskan tanah pertanian mereka.

 
 
Ladang yang menjadi tempat aktiviti perladangan utama penduduk

Terdapat agensi-agensi yang bersama-sama membantu petani-petani ini memasarkan hasil pertanian mereka di samping membantu mereka jika memerlukan bantuan seperti khidmat nasihat, racun perosak dan lain-lain. Antara agensi-agensi terbabit ialah Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Kerdau, dan Pusat Pertanian Kerdau. Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (MARDEC) pula merupakan antara agensi yang membantu penduduk dari segi penjualan getah sekerap. Getah-getah itu akan dikumpul di pusat pengumpulan sebelum dibawa ke tempat pemprosesan atau ke kilang-kilang berhampiran. Harga getah kini semakin naik pada pertengahan tahun 2008 iaitu kira-kira satu kilogram RM4.90.

Selain dari getah, Kerdau terkenal dengan dusun manggisnya. Selain manggis, buah-buahan yang terkenal di Kerdau ialah mesta, duku, durian dan beberapa buah-buahan tempatan lain.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK