Pendidikan sempurna

Pendidikan Tidak Diabaikan

S

ekolah merupakan medium terpenting bagi sesebuah kawasan. Ini adalah untuk memastikan bahawa pendidikan tidak diabaikan walaupun berada jauh dari bandar. Jika dahulu, kesedaran terhadap keperluan pendidikan adalah kurang, kini terdapat banyak sekolah yang dibina bagi melengkapkan institusi pendidikan di Kerdau. Terdapat tujuh buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah di sini.

"Para pelajar di sini juga mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan oleh JKKK Kerdau. Antaranya ialah gotong-royong membersihkan kawasan kampung dan masjid."  
   

Antara sekolah rendah yang terdapat di Kerdau ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Kerdau, Sekolah Rendah Kebangsaan Paya Ara, Sekolah Kebangsaan Paya Taram, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Bee Yong, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kerdau dan Sekolah Agama Majlis At-Tarbuah. Manakala sekolah menengah yang terdapat di Kerdau ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh.

Purata jumlah pelajar bagi sekolah rendah ialah antara 200 hingga 300 pelajar bagi setiap sekolah, manakala bagi sekolah agama, anggaran pelajar nya ialah kira-kira 50 orang pelajar dan sekolah berasrama penuh pula dianggarkan kira-kira 500 orang pelajar. Biro pendidikan yang bergerak di bawah seliaan JKKK juga turut memberi sumbangan kepada sekolah-sekolah ini dengan harapan dapat menggalakkan pelajar untuk terus maju dalam bidang pelajaran. Para pelajar di sini juga turut mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan oleh JKKK Kerdau. Antaranya ialah gotong- royong membersihkan kawasan kampung dan masjid.


 

 
Penafian | Laman Web KTAK