Pemandangan indah menyambut kedatangan pengunjung

Program Inap Desa Murni

P
 
 
Tempat berkumpul para peserta Homestay

rogram Inap Desa Murni boleh memperkenalkan cara hidup masyarakat Malaysia kepada pelancong atau masyarakat luar. Homestay Desa Murni yang diusahakan oleh Shahariman Hamdan telah dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada tahun 1995. Beliau mendapat ilham menjalankan projek itu ketika beliau berada di Jepun dan merasai sendiri pengalaman serta budaya hidup masyarakat di sana. Program Inap Desa adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal di mana pelancong dapat menginap bersama keluarga tuan rumah yang dipilih. Pelancong ini akan dapat mengalami sendiri cara hidup dan kebudayaan Malaysia secara tidak langsung.

Industri Inap Desa Murni menerima kunjungan pelancong luar terutamanya dari negara Jepun. Para pengunjung akan dapat merasai sendiri kehidupan dan cara hidup orang Melayu. Pengunjung akan menghabiskan masa selama tiga hari dua malam bersama keluarga angkat dan menjalani kehidupan seperti mereka. Mereka turut ke kebun-kebun getah dan kelapa sawit bagi mempelajari cara-cara menoreh getah dan mengait kelapa sawit.

Antara atur cara yang diadakan untuk pelancong ialah pertunjukan kebudayaan tradisional, masakan dan perkahwinan tradisional, mengembara, memancing selain menjalani kehidupan sebagai petani. Kini setelah lebih 10 tahun, beliau boleh berbangga dengan pencapaian industri pelancongan ini.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK