Kedamaian Desa
| |
 |
| |
| Replika buah-buahan tempatan seperti ini menjadi identiti Kampung Kerdau. Terdapat banyak pokok manggis di kampung ini |
|
ampung Kerdau merupakan salah sebuah kampung tradisional yang terawal wujud di tebing Sungai Pahang. Suatu ketika dahulu Sungai Pahang merupakan jalan perhubungan utama bagi penduduk kampung untuk menuju ke satu destinasi. Oleh demikian, sebahagian besar penduduk di sini membina rumah di sepanjang tebing Sungai Pahang. Kerdau terletak kira-kira 20 kilometer dari Bandar Temerloh.
| "Kerdau juga dikenali dengan keramahan penduduknya yang senntiasa mengalu-alukan kedatangan para tetamu ke sini." |
|
| |
|
Kedamaian desa pasti menggembirakan pengunjung yang ingin melupakan sejenak kesibukan tugas dan hiruk-pikuk kota. Sebaik sahaja melewati Kerdau, sebuah pintu gerbang tersergam indah menyambut kedatangan para tetamu. Paling menarik, di sini masih lagi boleh dilihat sebuah jeti yang suatu ketika dahulu dijadikan pangkalan bot yang merupakan pengangkutan utama ketika itu.
Pekan Kerdau merupakan salah sebuah pekan lama dikenali sebagai pekan koboi yang masih lagi kekal sehingga kini. Pekan ini sering menjadi tumpuan penduduk Kerdau untuk mendapatkan keperluan harian dan sebagainya.
|