Perniagaan Sumber Sampingan

P

erniagaan merupakan salah satu sektor yang semakin mendapat tempat di Kerdau. Jika dahulu penduduk di sini hanya memberi perhatian kepada bidang pertanian dan penternakan, kini, perniagaan kecil-kecilan menjadi salah satu sumber sampingan. Contoh perniagaan yang terdapat di Kerdau ialah perniagaan kedai makan, pembuatan kek, bengkel-bengkel motor dan kereta, kedai jahitan, kedai runcit dan lain-lain lagi. Kebanyakan perniagaan ini diceburi oleh golongan wanita. Ini menunjukkan penglibatan wanita dalam bidang perniagaan sudah setanding dengan lelaki. Selain itu, terdapat usaha penternakan lintah terdapat di situ yang diusahakan oleh Lucrative Agrobase Event. Selain lintah, penternakan ikan keli juga dijalankan oleh penduduk di situ.

 
 
Antara produk yang dikeluarkan

Antara golongan wanita yang berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi ialah pembuatan kek. Perniagaan ini diterajui oleh Khadijah Jusof yang mula melibatkan diri dalam bidang tersebut lewat tahun 1990-an. Kek buatan beliau sering menerima pujian daripada kenalan-kenalan rapat dan saudara-mara disebabkan keenakan keknya. Tidak hairanlah, kek beliau mendapat tempahan dari Temerloh, Triang, Jerantut, Mentakab, Kuantan juga Kuala Lumpur. Kek beliau ditempah sama ada untuk majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi mahupun perayaan selain turut dihantar ke kedai- kedai makan di sini. Pengalaman beliau selama 20 tahun bekerja di kedai–kedai kek di Kuantan, Kota Bharu dan Terengganu mencetuskan semangat dan dorongan kepada beliau untuk menghasilkan pelbagai jenis kek di kediamannya. Beliau mendapat bantuan dan bimbingan daripada Pejabat Pertanian Daerah Temerloh. Kini, pada tahun 2008 Khadijah telah dilantik sebagai tenaga pengajar untuk membantu mereka yang ingin mendalami kemahiran membuat kek. Pada masa yang sama beliau mula meluaskan perniagaannya dengan membina bengkel untuk mengembangkan perniagaan sedia ada.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK