Keperluan perubatan

Rawatan Khusus

S

eperti kebanyakan kampung lain, Kerdau juga mempunyai sebuah klinik desa iaitu Klinik Desa Kerdau. : Dua orang Jururawat masyarakat ditempatkan di klinik ini untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk kampung. Secara umunya,  klinik desa ini diletakkan di bawah pentadbiran Poliklinik Kesihatan Sanggang. Klinik ini menyediakan rawatan khusus bagi ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak. Antara perkhidmatan yang dijalankan ialah rawatan ibu mengandung dan selepas bersalin, rawatan bayi selepas lahir, khidmat nasihat perancang keluarga juga rawatan pesakit luar selain klinik bagi warga tua.

Klinik kesihatan di sini juga memainkan peranan dalam memastikan tahap kesihatan penduduk pada tahap yang baik. Antara usaha-usaha klinik ini ialah menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan semasa sesi klinik serta kempen kesihatan. Antara kempen kesihatan yang telah dijalankan ialah ceramah untuk wanita iaitu “Barah Payudara dan Menopaus”.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK