Memudahkan Aktiviti Seharian
| |
 |
| |
| Pekan Kampung Kerdau yang menyediakan keperluan asas |
|
emudahan asas adalah penting bagi memudahkan penduduk menjalankan aktiviti seharian. Kerdau dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang boleh dikatakan lengkap yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Temerloh. Antara kemudahan awam yang disediakan di sini ialah adalah sistem pengangkutan awam iaitu teksi, bas dan kereta api. Selain itu, kemudahan telefon awam, perhentian bas, taman permainan, gerai-gerai makan, surau dan dewan orang ramai turut disediakan kepada penduduk Kerdau.
Kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik juga amat memuaskan di sini. Kesemua infrastruktur di situ dijaga dengan baik sekali. Ia menunjukkan bahawa penduduk amat menghargai setiap sumbangan yang diberikan oleh majlis perbandaran dalam usaha memajukan kawasan Kerdau. |