Kemakmuran kampung sentiasa diberi perhatian

Mengatur Projek-projek Pembangunan

J

awatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) antara lain berperanan sebagai sebuah organisasi yang boleh merapatkan perpaduan antara kaum atau sesama penduduk. Melalui JKKK, maklumat-maklumat dan dasar kerajaan dapat disampaikan kepada para penduduk. Kadangkala ia disampaikan melalui program-program khusus seperti Program Anak Angkat, Program Sukan Komuniti dan sebagainya. JKKK turut berperanan mengatur projek-projek kecil yang memberi manfaat kepada masyarakat kampung seperti membaik pulih sistem perparitan, gotong-royong dan lain-lain.

Kini, terdapat biro-biro yang diwujudkan di bawah JKKK. Biro-biro ini bertindak sebagai tangan kanan JKKK dalam menjaga kebajikan penduduk. Antara biro-biro yang terdapat di bawah JKKK Kerdau ialah Biro Agama, Biro Tugas-Tugas Khas, Biro Kebajikan, Biro Pendidikan, Biro Kesihatan, Biro Belia dan juga Biro Wanita. Biro Agama misalnya bertujuan bagi memastikan ada aktiviti yang dijalankan untuk penduduk kampung. Antaranya menjemput, penceramah dari luar mengadakan ceramah selain memastikan acara-acara keagamaan dijalankan dengan baik.



 
Penafian | Laman Web KTAK