Pekerjaan Turun-temurun

A
 
 
Pekan terhampir bagi penduduk Kampung Kerdau

ktiviti pertanian merupakan aktiviti utama yang menjana ekonomi kebanyakan penduduk di Kerdau. Boleh dikatakan sebanyak 60 peratus penduduk di situ melibatkan diri dalam aktiviti pertanian. Pengusaha ladang getah mendapatkan bantuan anak benih dan khidmat nasihat daripada Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Punca pendapatan utama bagi sesetengah keluarga adalah dengan mengusahakan kebun-kebun getah dan kelapa sawit yang telah menjadi pekerjaan secara turun-temurun.

Selain melibatkan diri dalam aktiviti pertanian, kini generasi-generasi pelapis di sini telah mula melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan. Mereka menjalankan aktiviti itu secara kecil-kecilan di kawasan-kawasan kampung dan di Pekan Kerdau serta Simpang Empat Kerdau. Antara aktiviti perniagaan di sini ialah menjalankan perniagaan kedai runcit, kedai jahitan, membuat kek, bengkel-bengkel motor dan gerai-gerai makan. Selain itu, penduduk terutamanya golongan belia kini bekerja di bandar-bandar besar yang terdekat seperti di Temerloh. Mereka bekerja di bawah agensi kerajaan dan juga swasta. Antara agensi-agensi kerajaan terdapat di Temerloh ialah Majlis Perbandaran Temerloh, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Pendidikan Daerah dan beberapa agensi-agensi lain.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK