Aktiviti Bermanfaat
elia merupakan pelapis kepemimpinan negara pada masa hadapan. Sehubungan itu, kerajaan kini banyak memberi perhatian kepada perkembangan aktiviti belia. Pertubuhan Belia Kerdau banyak menjalankan aktiviti bagi mengisi masa lapang belia dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Selain itu, pertubuhan ini juga mengajak belia-belia dari kampung-kampung sekitar untuk turut sama melibatkan diri. Antara akitviti yang dijalankan ialah perkhemahan belia di Balok, Kuantan, penganjuran liga bola sepak Parlimen Kuala Krau, gotong-royong membersihkan Masjid Umar Abdul Aziz dan sukaneka Anak Angkat RISDA.
Aktiviti-aktiviti sebegini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada belia-belia di situ. Selain menghindarkan mereka daripada terlibat dalam kegiatan sosial yang tidak berfaedah, ia juga dapat memupuk sifat kepimpinan dalam jiwa mereka. Belia di Kerdau juga sering melibatkan diri dengan aktiviti yang menyihatkan badan. Mereka sering menghabiskan waktu petang mereka dengan bermain badminton, bola sepak dan sepak takraw di gelanggang yang sedia ada. |