Wanita Tingkatkan Ekonomi Keluarga
enyedari wanita memainkan peranan penting dalam keluarga, masyarakat dan ekonomi setempat, maka JKKK merancang aktiviti yang khusus melibatkan wanita di Kampung Jimah Baru. Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) ditubuhkan di bawah Jabatan Pertanian untuk menggalakkan golongan wania bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh mereka.
Aktiviti yang dianjurkan oleh biro wanita di sini melibatkan program keagamaan seperti mengadakan kelas mengaji Al-Quran dan tajwid kepada belia wanita, program tadarus Al-Quran dan latihan marhaban ketika sambutan hari kebesaran Islam.
 |
| Wajah usahanita tempatan berkat sokongan dari Amanah Ikhtiar Malaysia |
|
Selain itu, terdapat juga sebahagian kaum wanita yang bergiat aktif dalam perniagaan. Mereka mengusahakan perusahaan makanan ringan seperti keropok bayam dan kuih tradisional seperti baulu. Perusahaan keropok bayam diusahakan oleh Norzila Haji Nordin. Norzila mendapat bantuan dan khidmat nasihat daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Jabatan Pertanian.
Terdapat juga agensi-agensi lain seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang memberikan pinjaman dan bantuan kewangan kepada golongan wanita di Kampung Jimah Baru. AIM memberikan pinjaman kewangan untuk membiayai modal dalam bidang perniagaan kecil-kecilan dan pertanian.
|