Merapatkan Jurang Ilmu
erpustakaan Desa Kampung Jimah Baru merupakan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang ilmu di antara masyarakat bandar dan luar bandar melalui Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Projek USP adalah ilham Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama agensi-agensi swasta yang lain.
| |
 |
| |
| Replika buku dan rak-rak buku tersusun rapi di perpustakaan desa |
|
Perpustakaan Desa Kampung Jimah Baru dibuka pada 15 Januari 2006 dan mula beroperasi pada 17 April 2006. Perpustakaan ini pada asalnya ialah sebuah Balai Raya Kampung Jimah Baru. Ketua kampung telah memberi kebenaran untuk mengubah suai balai raya menjadi perpustakaan desa. Bangunan perpustakaan desa dibina bercantum dengan bangunan balai raya. Persekitaran yang selesa di dalam perpustakaan menjadikan ia sebagai tempat yang sesuai di kalangan pelajar dan penduduk untuk menelaah ilmu dan mencari maklumat. Bukan sahaja kanak-kanak malah terdapat juga orang dewasa yang mencari informasi. Kebanyakan sumber buku yang ada di sini dibekalkan oleh Perpustakaan Negari.
Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di antaranya seperti perkhidmatan pinjaman dan pemulangan bahan, pinjaman bahan antara perpustakaan, perkhidmatan khidmat rujukan dan perkhidmatan melayari internet. Perpustakaan ini di bawah seliaan seorang pembantu perpustakaan iaitu Mohammad Sufian Yahaya. Beliau bertanggungjawab menguruskan pinjaman, rujukan dan perkhidmatan maklumat komuniti. Perpustakaan Desa Kampung Jimah Baru beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat dan Sabtu pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
|