Nama Gadis Sunti Diabadikan Sebagai Nama Kampung

S

etiap kampung mempunyai sejarah mereka sendiri. Begitu juga dengan Kampung Jimah Baru. Kawasan ini pada mulanya telah diteroka oleh masyarakat orang asli. Nama Jimah berasal dari nama seorang gadis orang asli. Beliau merupakan seorang gadis sunti yang begitu cantik dan menjadi idaman setiap penduduk kampung ketika itu. Kaum orang asli mengabadikan kejelitaan Jimah dan menamakan penempatan mereka dengan nama Kampung Jimah. Oleh sebab, masyarakat orang asli hidup secara nomad, Jimah dan keluarganya terpaksa berpindah ke tempat lain. Kini, Jimah hanya tinggal nama. Rupa paras Jimah yang cantik kekal terpahat dalam sanubari masyarakat kampung.

Persimpangan dan jalan susur masuk kampung

Pada tahun 1960-an, kawasan Kampung Jimah Baru merupakan kawasan ladang getah yang luas. Ia menjadi tempat tumpuan masyarakat sekitar untuk mengusahakan ladang getah di sini. Oleh sebab ada di kalangan penoreh-penoreh getah yang tinggal jauh dari kawasan ladang, kerajaan negeri telah mencadangkan agar sebuah penempatan baru dibina di kawasan ladang getah. Pada awal penerokaan kampung ini, sekitar tahun 1960, seramai 93 orang penduduk kampung sekitar telah dipindahkan di sini.

"“Kerajaan negeri telah memperuntukkan kawasan kira-kira tiga hektar tanah sebagai kawasan baru untuk dibuka.”"  
   

Sebanyak lebih kurang satu hektar tanah diperuntukkan sebagai penempatan bagi penduduk tersebut dan kira-kira dua hektar tanah dikekalkan sebagai tanaman getah. Ketika itu, hanya golongan lelaki yang ditempatkan di situ. Golongan lelaki ini berganding bahu dan membanting tulang meneroka tanah untuk menjadikan kawasan penempatan. Sebuah rumah panjang dibina untuk dijadikan tempat berteduh dengan sumbangan RM150 seorang daripada Kerajaan Negeri Sembilan. Selepas tiga bulan, golongan wanita, isteri dan anak-anak mula berpindah dari kampung mereka ke penempatan yang baru.


Kini, dari sebuah penempatan yang kecil telah berkembang dengan adanya infrastruktur yang lengkap. Namun, warisan masyarakat Melayu tradisional masih dipertahankan. Kampung Jimah Baru telah dijadikan kampung angkat ketika Program KampungKu yang dianjurkan oleh kerajaan pada 26 Mei 1991. Sebuah tugu dibina sebagai memperingati Kampung Jimah Baru sebagai tuan rumah untuk program tersebut.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK