Hubungan Sesama Penduduk Erat Terjalin

P

enduduk di sini dianggarkan seramai 350 orang. Rata-rata penduduknya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Hubungan penduduk Kampung Jimah Baru dan penduduk kampung sekitar adalah akrab walaupun berlainan bangsa dan agama.

Kebanyakan penempatan di sini adalah secara berkelompok. Kampung-kampung di sini merupakan kampung yang diwarisi secara turun-temurun. Kebanyakan penduduk Kampung Jimah Baru masih mengekalkan seni bina rumah Melayu tradisional. Terdapat juga projek perumahan yang dibangunkan di sekitar Kampung Jimah Baru iaitu Taman Sendayan Indah.

Kebanyakan penduduk di sini mempunyai kenderaan sendiri seperti motosikal dan kereta untuk melakukan urusan mereka seharian. Selain itu, perkhidmatan bas sekolah dan bas awam juga disediakan untuk kesenangan penduduk ke bandar berdekatan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK