Menoreh Getah Kaedah Reactorrim

S

ektor pertanian memerlukan transformasi untuk menjadi sektor yang moden, komersial dan berdaya saing. Teras utama pembangunan pertanian ialah untuk menjadikan sektor ini sebagai salah satu sumber utama pertumbuhan ekonomi negara. Kegiatan pertanian merupakan salah satu kegiatan yang popular di Kampung Jimah Baru pada zaman dahulu.

Kegiatan tanaman getah di Kampung Jimah Baru merupakan sumber ekonomi utama penduduk di sini. Penduduk kampung mengusahakan pertanian ini untuk menambahkan pendapatan keluarga. Terdapat beberapa ladang getah yang diusahakan oleh penduduk kampung. Ladang getah di Kampung Jimah Baru seluas 2.34 hektar tanah.

 
 
Kampung Jimah Baru dipenuhi tanaman getah

Satu kaedah baru untuk menoreh getah telah dijalankan di Kampung Jimah Baru. Fazilah Abdul Razak merupakan seorang penoreh yang menghasilkan kaedah torehan baru yang dikenali sebagai Reactorrim iaitu torehan menggunakan gas Ettileena. Gas tersebut dimasukkan di dalam botol plastik dan seterusnya injap yang telah dibuat di pokok getah tersebut dilepaskan secara perlahan-lahan. Puan Fazilah memajakkan ladang getah seluas 20 hektar kepada kawan-kawan beliau dari kalangan ibu-ibu tunggal untuk mengusahakan ladang getah tersebut. Hasil-hasil getah dibekalkan kepada peraih dari Muar dan sekitar Kampung Jimah Baru.

Mereka biasanya menggunakan modal mereka sendiri dan mendapat khidmat nasihat dari Lembaga Getah Malaysia. Oleh sebab sektor ini dijalankan secara individu, maka mereka masih menggunakan kaedah pertanian tradisional. Sektor pertanian mempunyai banyak ruang dan potensi yang belum dijanakan sepenuhnya. Oleh itu, pelbagai perancangan yang dibuat bagi memastikan sektor ini mendapat pulangan yang besar.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK