Pendidikan Tingkat Mutu Pelajar

P

endidikan merupakan tempat menimba ilmu yang paling asas, di mana anak-anak akan belajar bermula dari pendidikan prasekolah menuju ke sekolah rendah seterusnya ke sekolah menengah dan akhirnya ke menara gading. Antara kemudahan pendidikan prasekolah yang terdapat di kawasan Kampung Jimah Baru ialah Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA KEMAS) dan sebuah Sekolah Rendah Jimah Baru.

Pada awalnya, Sekolah Rendah Jimah Baru ini hendak ditutup. Namun begitu, sekolah ini terus beroperasi kerana adanya satu projek perumahan yang dibina di kawasan Kampung Jimah Baru. Dengan adanya taman perumahan berdekatan dengan sekolah tersebut, pihak yang terbabit telah membina sebuah lagi bangunan empat tingkat bagi menampung bilangan pelajar.

 
 
Sekumpulan pelajar tadika KEMAS yang terletak bersebelahan perpustakaan desa

Bagi anak-anak penduduk di Kampung Jimah yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, mereka boleh ke sekolah menengah berdekatan kampung sekitar. Sekolah Menengah Sendayan merupakan satu-satunya sekolah menengah yang paling hampir dengan kampung ini.

Selain itu, kelas-kelas agama Fardu Ain juga turut diberikan kepada anak-anak di sini. Pilihan sekolah-sekolah terbaik tentunya menarik minat lebih ramai anak-anak penduduk Kampung Jimah Baru untuk mendapat pendidikan yang sempurna untuk meningkatkan tahap pendidikan yang bermutu.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK