Pantai Port Dickson Menggamit Hati Pelancong

P

ort Dickson merupakan salah satu destinasi pelancongan terkenal di Negeri Sembilan. Keindahan pantai dan pasirnya yang memutih menjadi tumpuan pengunjung tidak kira tempatan dan pelancong asing apabila tiba cuti hujung minggu ataupun musim cuti persekolahan. Terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Seremban dan 15 kilometer dari Kampung Jimah Indah.

Bagi pengunjung yang datang ke Port Dickson, anda pastinya terpegun dengan pemandangan indah di sepanjang pesisiran pantai. Terdapat juga pelbagai jenis chalet dan hotel yang didirikan di sepanjang kawasan pantai Port Dickson. Pantai di Port Dickson turut menjadi tumpuan para pengunjung yang ingin menikmati keindahan matahari terbenam terutamanya di Pantai Saujana dan Teluk Kemang.

Anak-anak kecil turut bermandi-manda bersama keluarga selain melakukan aktiviti perkhemahan dan perkelahan di sini. Terdapat juga kedai-kedai kraf tangan dan cenderahati yang terdapat di kawasan sekitar pantai bagi memudahkan para pelancong membeli cenderahati kepada orang yang tersayang sebagai buah tangan.

 
 
Pantai Peranginan Port Dickson, kira-kira 20 kilometer dari Kampung Jimah Baru
 
 
Penafian | Laman Web KTAK