Kampung Jimah Baru Terkenal Dengan Keropok Bayam
ampung Jimah Baru merupakan sebuah kampung yang dibuka di bawah Rancangan Tanah Negeri (RTN) pada tahun 1960. Kampung Jimah Baru terletak di sempadan Mukim Jimah di dalam Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kampung Jimah Baru merupakan kampung yang dibina selepas wujudnya Kampung Jimah Lama yang terletak berhampiran dengan kampung ini. Walaupun kampung ini terletak di dalam Daerah Port Dickson tetapi ia lebih hampir dengan bandar Seremban. Jarak perjalanan ke Bandar Seremban ialah 18 kilometer manakala jarak perjalanan ke bandar Port Dickson ialah 25 kilometer.
| |
 |
| |
| Pintu gerbang menyambut pelawat bersebelahan jalan yang menghubungi, Port Dickson |
|
Kedatangan anda akan disambut dengan pintu gerbang Kampung Jimah Baru. Terdapat ucapan “Selamat datang ke Kampung Jimah” di atas pintu gerbang tersebut. Anda seolah-olah dijemput mesra untuk berkunjung ke Kampung Jimah Baru. Penduduk kampung amat ramah dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda ke kampung ini.
Suatu ketika dahulu, Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pernah melawat ke Kampung Jimah Baru. Beliau telah merasmikan sebuah kolam air tawar kepunyaan penduduk di sini. Ramai penduduk kampung yang datang bersama-sama memeriahkan perasmian ini.
Pada tahun 1991, Kampung Jimah Baru telah terpilih menjadi salah satu tapak perkampungan Program Kampung Ku Peringkat Kebangsaan. Program ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad.
Kampung Jimah Baru terkenal dengan perusahaan keropok bayam. Keropok ini sangat unik dan jarang terdapat di tempat lain. Daun bayam yang dipilih akan dicelup ke dalam tepung sebelum digoreng garing. Keropok ini sering mendapat permintaan dari penduduk sekitar negeri Seremban dan Melaka.
|