Keropok Bayam Produk Baru IKS

B

idang keusahawanan di sini kebanyakannya dijalankan oleh golongan wanita. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan salah satu sumber pendapatan bagi penduduk di sini. Antaranya, perusahaan keropok bayam yang dijalankan oleh Norzila Rahmat. Perusahaan keropok bayam ini merupakan perusahaan turun-temurun dari ibunya. Norzila telah menjalankan perusahaan keropok bayam ini kira-kira lapan tahun lalu. Keropok bayam beliau sering mendapat permintaan dari sekitar Seremban dan Melaka.

Perusahaan keropok bayamnya telah mendapat bantuan peralatan, modal dan bengkel pemprosesan keropok oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Jabatan Pertanian. Harga keropok bayam dijual antara RM 3.00 hingga RM 13.00 mengikut berat yang ditimbang. Beliau dibantu oleh dua orang pekerja. Perusahaan keropok bayam dibuat berdasarkan tempahan dari pelanggan.

 
 
Bengkel Pengeluaran keropok bayam
 
 
Keropok bayam yang rangup

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK