Kesihatan Masih Menjadi Keutamaan

M

enjalani kehidupan yang sihat adalah impian setiap penduduk supaya mereka menjadi lebih ceria dan bersemangat. Pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan kesihatan di setiap kampung dan negeri bagi menjamin kesihatan setiap penduduk kampung. Penduduk di Kampung Jimah Baru boleh menikmati kemudahan kesihatan yang terdapat di Klinik Desa Ulu Jimah Lama.

Klinik Desa Ulu Jimah Lama terletak satu kilometer dari Kampung Jimah Baru. Klinik ini beroperasi pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Klinik kesihatan ini memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitar mukim Jimah. Rawatan di Klinik Desa Ulu Jimah Lama dikenakan bayaran yang berpatutan iaitu RM1.00 seorang.

Terdapat juga seorang tukang urut tradisional di Kampung Jimah Baru. Ishak atau dikenali dengan panggilan “Sahak” memberikan perkhidmatan mengurut kepada pesakit yang mengalami kecederaan seperti terseliuh, sengal-sengal badan dan salah urat. Beliau membuka sebuah kedai urut di kawasan Kampung Jimah Baru bagi pengunjung yang ingin mendapatkan rawatan secara tradisional. .

 
 
Penafian | Laman Web KTAK