Jalan Raya Menghubungkan Kampung Dan Pekan

K

emudahan asas yang terdapat di Kampung Jimah Baru lengkap dengan prasarana yang telah dibangunkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson. Kemudahan asas utama ialah jalan raya yang berturap membolehkan orang ramai datang ke sini tanpa sebarang masalah. Penduduk Kampung Jimah Baru kini mampu menikmati bekalan air bersih dan bekalan elektrik.

 
 
Dewan Setia Kampung Jimah Baru
 
 
Perhentian bas untu kemudahan masyarakat

 

 

 

 

 

 

 

Kemudahan prasarana lain seperti dewan orang ramai, klinik desa, perpustakaan desa, sekolah, masjid, surau, taman permainan dan perhentian bas turut disediakan bagi memudahkan penduduk kampung ini. Selain itu, sistem pengangkutan awam yang ada di Kampung Jimah Baru memudahkan penduduk berulang-alik ke pekan berdekatan. Dengan kadar bayaran yang berpatutan, menjadi pilihan penduduk untuk berulang-alik ke bandar Seremban dan bandar Port Dickson.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK