Bersatu Teguh Bercerai Roboh

K

ampung Jimah Baru terletak bersempadan dengan Kampung Jimah Lama dan Kampung Felda Sendayan. Terdapat juga kawasan taman perumahan di sekitar kampung ini iaitu Taman Sedayan Indah. Hubungan antara kampung Jimah Baru dan kawasan sekitar amat erat.

 
 

Papan tanda berdekatan jalan utama ke kawasan-kawasan berdekatan

Penduduk kampung sering melakukan aktiviti sukan dan kebudayaan dengan kampung sekitar. Aktiviti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jimah Baru sering mendapat sambutan dari kampung-kampung sekitar. Aktiviti sukan yang diadakan seperti pertandingan bola sepak dan badminton dapat mengeratkan hubungan antara penduduk. Selalunya, dewan orang ramai Kampung Jimah Baru menjadi tempat penduduk kampung berkumpul untuk bermain badminton pada setiap petang.

Kumpulan kompang Kampung Jimah Baru merupakan kumpulan yang aktif di kampung ini. Kumpulan ini sering mendapat undangan oleh penduduk kampung untuk mengadakan persembahan dalam majlis perkahwinan atau majlis-majlis rasmi. Penduduk dari kampung-kampung sekitar juga turut mengundang kumpulan kompang Kampung Jimah Baru untuk mengadakan persembahan di kampung-kampung mereka. Semangat bantu-membantu yang ditunjukkan oleh belia kampung ini menunjukkan tiada “dinding” yang dapat memisahkan antara penduduk di sini dan kampung sekitar.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK