Penduduk Mencari Rezeki Di Bandar Besar

S

ektor perladangan merupakan sumber ekonomi utama penduduk Kampung Jimah Baru. Sebahagian besar penduduk di sini menjadi penoreh getah untuk menyara kehidupan mereka. Keadaan tanahnya yang berbukit-bukau amat sesuai untuk tanaman pokok getah.

 
 
Getah merupakan penjana utama ekonomi Kampung Jimah Baru

Kebanyakan belia di kampung ini lebih berminat untuk mencari rezeki dalam sektor kerajaan dan swasta. Mereka ini lebih bertumpu di sekitar bandar Seremban dan Kuala Lumpur. Selain itu, terdapat juga golongan belia yang bekerja dalam sektor perkilangan di sekitar bandar Nilai.
Sebahagian penduduk kampung Jimah Baru mencari pendapatan tambahan melalui aktiviti peniagaan seperti membuka kedai runcit dan kedai makanan di sekitar kampung mereka. Terdapat sebuah Koperasi Serba guna Kampung Jimah Baru yang menjadi tempat tumpuan penduduk kampung membeli barang keperluan.

 
 
Industri kecil yang terdapat di Kampung Jimah Baru
"Selain itu, terdapat juga golongan belia yang bekerja dalam sektor pengilangan di sekitar bandar Nilai. "  
   

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) turut menyumbang dalam menjana pendapatan penduduk di sini. Industri pembuatan keropok bayam dan perusahaan kraf tangan merupakan antara perusahaan yang dijalankan oleh kaum wanita di sini. Pembabitan wanita dalam sektor ini dapat membantu meningkatkan ekonomi kampung mereka. Bantuan-bantuan dari segi kewangan, khidmat nasihat dan peralatan, sedikit sebanyak membantu mengembangkan sektor IKS di Kampung Jimah Baru.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK