Bidang keusahawanan di sini kebanyakannya dijalankan oleh golongan wanita. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan salah satu sumber pendapatan bagi penduduk di sini. Antaranya, perusahaan keropok bayam yang dijalankan oleh Norzila Rahmat. Perusahaan keropok bayam ini merupakan perusahaan turun-temurun dari ibunya. Norzila telah menjalankan perusahaan keropok bayam ini kira-kira lapan tahun lalu. Keropok bayam beliau sering mendapat permintaan dari sekitar Seremban dan Melaka. |
Kampung Jimah Baru telah memenangi pelbagai anugerah berkat kerjasama antara JKKK dan penduduk Kampung Jimah Baru. Pada Tahun 1989, Kampung Jimah Baru telah mendapat Johan Pertandingan Kampung Terindah Peringkat Daerah dan Peringkat Negeri Sembilan. Manakala pada tahun 1990 pula, Kampung Jimah Baru telah menerima Anugerah Bakti Cemerlang daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca yang terbaik di Peringkat Kebangsaan. |