Belia Bergiat Aktif
englibatan belia-belia di Kampung Jimah Baru dalam kegiatan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sini amat menggalakkan tidak kira dalam bidang sukan, kebudayaan dan keagamaan. Belia di kampung ini sentiasa meluangkan masa mereka untuk aktiviti yang dianjurkan oleh JKKK tanpa mengira waktu.
Melalui aktiviti yang diadakan, belia di sini mendapat pendedahan dan pengalaman dalam memberi khidmat dan sumbangan kepada masyarakat kampung, seperti yang dijalankan oleh Persatuan Belia 4B di sini. Kebanyakan aktiviti yang dianjurkan oleh belia di sini mendapat kerjasama daripada JKKK dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dalam memberi bantuan dan khidmat nasihat.
Belia di sini juga bergiat aktif dalam aktiviti yang melibatkan aktiviti kemasyarakatan seperti menganjurkan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran yang diadakan ketika menjelang musim perayaan dan kenduri-kendara.
Selain itu, belia di sini juga menubuhkan Kumpulan Kompang Kampung Jimah Baru yang dikelola oleh Biro Belia dan Sukan kampung mereka. Persatuan ini mengadakan latihan pada setiap malam Sabtu bermula jam 9.00 malam bertempat di Dewan Setia Kampung Jimah Baru. Kumpulan ini sering kali mendapat jemputan daripada pelbagai pihak tidak kira dari penduduk setempat dan kampung sekitar untuk membuat persembahan dalam apa jua majlis rasmi atau tidak rasmi.
|