Aktif Dalam Aktiviti Sosial Dan Kemasyarakatan
olongan wanita di Kampung Kahang Batu 28 bukan sahaja bertindak sebagai suri rumah, malahan mereka juga bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Selari dengan laungan kerajaan yang inginkan wanita berdaya saing, maka pelbagai aktiviti dijalankan di sini. Aktiviti wanita dipantau oleh Biro Wanita yang sentiasa aktif melahirkan idea-idea bernas dalam usaha memajukan dan memartabatkan kaum wanita. Antara aktiviti yang sering dilakukan adalah kelas berzanji, kelas marhaban dan kelas Fardu Ain. Aktiviti ini diadakan pada setiap minggu dan diketuai oleh seorang guru agama wanita yang berpengalaman. Selain aktiviti sosial, golongan wanita di sini turut aktif dalam kegiatan riadah seperti sukan bola jaring. Seni rekaan kraf tangan turut dilakukan secara kecil-kecilan.
Biro Wanita Kampung Kahang Batu 28 kini sedang giat menganjurkan lebih banyak lagi aktiviti untuk kaum ibu. Selain itu, terdapat segelintir kecil golongan wanita terlibat dalam perniagaan kedai runcit. Secara tidak langsung, kegiatan ini menjadi sumber pendapatan alternatif buat mereka.
|