Menerusi projek USP, Klinik Desa Kahang dibekalkan dua buah komputer

Klinik Desa Pusat USP

P

erkhidmatan USP Fasa 5 yang telah dimulakan pada bulan September adalah hasil usaha Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK). Perkhidmatan yang diberikan secara percuma kepada pengguna memberi peluang kepada penduduk sekitar luar bandar menikmati kemudahan komputer dan talian Internet. Secara tidak langsung ia dapat merapatkan jurang digital penduduk luar bandar.

 
Komputer tersebut turut dilengkapi kemudahan internet
 

Berbeza dengan kampung-kampung lain yang menjadikan Perpustakaan Desa sebagai Pusat USP, Kampung Kahang Batu 28 pula menjadikan Klinik Desa sebagai Pusat USP. Dikendalikan oleh jururawat yang bertugas iaitu Nor Rozita Mahat, Klinik Desa Kampung Kahang memberikan dua perkhidmatan serentak kepada penduduk kampung. Dua buah komputer yang disediakan oleh KTAK lengkap dengan kemudahan internet bagi kemudahan penduduk kampung.

"Perkhidmatan yang diberikan secara percuma kepada pengguna memberikan peluang kepada penduduk sekitar luar bandar menikmati kemudahan komputer dan talian internet"

 
   


 
 
Penafian | Laman Web KTAK