Nama kampung ini bersangkaut-paut sejarah seorang saudagar berbangsa Cina.

Kedudukan Kampung Di Batu 28, Daerah Kluang

N

ama Kampung Kahang Batu 28 merupakan nama lama dan ia telah digantikan dengan nama baru, iaitu Kampung Sri Lukut. Ia dinamakan Kampung Kahang Batu 28 kerana kedudukannya yang terletak 28 batu dari Daerah Kluang. Menurut cerita orang-orang tua di kampung ini, nama “Kahang” diambil bersempena dengan nama seorang peniaga berbangsa Cina iaitu Ah Hang. Ketika itu, beliau sering bertandang ke kawasan kampung untuk membeli rotan, damar dan pelbagai hasil hutan daripada penduduk kampung.

Maka pada tahun 1987, Kerajaan Negeri Johor telah menukar nama Kampung Kahang Batu 28 kepada Kampung Sri Lukut. Nama ini kekal sehingga sekarang.

 
   

Kampung Kahang Batu 28 dipercayai telah wujud dalam peta Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Sewaktu pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu, penduduk kampung mula meneroka kawasan hutan untuk dijadikan kawasan sawah padi bagi menyara keluarga ketika itu. Penduduk asal Kampung Kahang Batu 28 kebanyakannya adalah perantau dari utara tanah air seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Ada juga yang datang dari sekitar Negeri Johor.

Pertukaran nama Kampung Kahang Batu 28 kepada nama Kampung Sri Lukut berlaku ketika Yang Amat Mulia Tengku Ibrahim Ismail Tengku Mahkota Johor datang mencemar duli ke kampung ini. Ketika itu, penduduk kampung memohon perkenan dari Y.A.M. Tengku Mahkota Johor supaya nama kampung ditukar kepada Kampung Sri Lukut berdasarkan peristiwa D.Y.M.M Almarhum Sultan Ibrahim berburu badak sumbu. Pada waktu itu, Almarhum telah membuat istana sementara untuk bermalam di hulu Sungai Lukut yang terletak berhampiran kampung, iaitu KM 45 Jalan Mersing untuk mengesan perjalanan badak sumbu. Bagi mengenang peristiwa tersebut, penduduk memohon agar permohonan mereka diperkenankan. Maka pada tahun 1987, Kerajaan Negeri Johor telah menukar nama Kampung Kahang Batu 28 kepada Kampung Sri Lukut. Nama ini kekal hingga sekarang.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK