Kesinambungan Warisan Tradisi

J

umlah penduduk di Kampung Kahang Batu 28 dianggarkan seramai 1,800 orang. Jalan raya merupakan sistem perhubungan utama bagi penduduk di sini. Kebanyakan rumah penduduk dibina berderetan di sepanjang jalan. Sungguhpun begitu, ada juga yang tinggal secara bertaburan di segenap inci kawasan kampung.

“Amalan-amalan warisan nenek moyang seperti kenduri kendera dan ziarah menziarahi masih lagi diamalkan sehingga ke hari ini.”

 
   

Terdapat juga masyarakat kampung yang tinggal secara berkelompok di beberapa kawasan penempatan baru. Keseluruhan penghuni di sini adalah kaum Melayu yang beragama Islam. Masyarakat di Kampung Kahang Batu 28 masih lagi hidup berlandaskan nilai-nilai murni masyarakat Melayu tradisional. Amalan-amalan warisan nenek moyang seperti kenduri kendera dan ziarah menziarahi masih lagi diamalkan sehingga ke hari ini.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK