80 Hektar Tanah Untuk Tanaman Getah
| |
 |
| |
| Hamparan sawah padi yang sayup menghijau |
|
anah yang subur di sekitar Kampung Kahang Batu 28 menjadi penyumbang utama kepada kegiatan pertanian. Tanaman utama di sini ialah pokok getah. Dianggarkan terdapat kira-kira 80 hektar tanah di kampung ini digunakan untuk tanaman tersebut. Getah sekerap atau getah beku yang dihasilkan akan dijual pada harga RM3 sekilogram. Ada juga segelintir penoreh yang memperolehi bantuan daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) serta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) berupa anak pokok getah dan baja bagi meringankan beban penduduk kampung.
 |
|
| Pokok getah menjadi sumber rezeki utama |
|
|
Ada juga penduduk kampung yang terlibat dalam kegiatan tanaman pokok kelapa sawit. Dianggarkan seluas 40 hektar tanah kampung digunakan untuk tanaman pokok kelapa sawit. Buah sawit yang sudah masak kebiasaannya akan dikait sendiri oleh peladang dan dijual di kilang sawit berdekatan. Kadangkala lori-lori sawit dari kilang akan datang sendiri ke ladang sawit untuk mengambil buah kelapa sawit yang hendak dijual.
Petak-petak sawah padi yang terbentang luas pula ada yang telah disewakan oleh penduduk kampung kepada penduduk di kampung berhampiran. Ini ekoran bencana alam sering menimpa sejak akhir-akhir ini dan juga kos yang semakin meningkat menyebabkan penduduk kampung tidak lagi berminat untuk terus mengusahakan sawah sedia ada. |