Tumpuan Pelancong Dan Penyelidik
Ladang Eco Padi Organic
 |
|
| Bot disediakan untuk pengunjung bersiar di tasik |
|
|
ektor pelancongan di Kampung Kahang Batu 28 kini berkembang pesat kerana wujudnya sebuah Ladang Eco Padi Organic Kahang yang kini sering menjadi tumpuan para pelancong dan juga penyelidik. Ladang Eco Padi Organik Kahang merupakan sebuah ladang berkonsepkan pelancongan dan juga pertanian. Sebaik menjejakkan kaki ke sini, anda akan terkejut seketika kerana terdapat pelbagai jenis perusahaan komersial di dalamnya. Wujudnya sebuah tasik yang luas disertai dengan kemudahan bot dan rakit khas untuk para pengunjung menikmati keindahan sambil mendayung di tengah-tengah tasik adalah salah satu fenomena yang baru.
Perusahaan lain yang turut dijalankan di Ladang Eco Organik Kahang adalah penanaman padi, penanaman buah naga atau dragon fruit, penternakan itik dan banyak lagi. Pendek kata, Ladang Eco Organic seperti sebuah dunia baru di mana di dalamnya wujud pelbagai jenis hidupan dan juga hasil pertanian. Ladang Eco Organic turut menyediakan kemudahan chalet buat para pengunjung yang datang ke sini. Kawasan seluas 120 hektar kini semakin berkembang pesat dan merupakan salah sebuah lokasi pelancongan yang terkenal di Kampung Kahang Batu 28.
 |
|
| Bunga buah naga yang belum mengembang |
|
|
Taman Rekreasi Sungai Temigol
Sebuah lagi kawasan pelancongan yang terdapat di Kampung Kahang Batu 28 ialah Taman Rekreasi Sungai Temigol atau lebih dikenali sebagai Taman Rekreasi Jambatan Biru di kalangan masyarakat setempat. Kejernihan air sungai yang mengalir deras merupakan satu panorama indah yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Kedamaian suasana dan juga keriangan anak-anak kecil yang mandi-manda bersama keluarga mengundang seribu satu perasaan. Kunjungan pelancong tempatan dan luar negara yang tidak pernah putus pada setiap hujung minggu secara tidak langsung mempopularkan Kampung Kahang Batu 28. Kawasan yang diselenggarakan oleh Majlis Perbandaran Kluang ini sedang giat dimajukan untuk kemudahan dan keselesaan para pelancong.
|