Warung Tawakal Mak Ngah Sedia Menanti Kunjungan
ektor keusahawanan yang terdapat di Kampung Kahang Batu 28 lebih banyak tertumpu pada industri kecil yang mengutamakan produk-produk hasil kampung. Usah terkejut jika anda melihat begitu banyak deretan kedai yang menjual pelbagai produk di sekitar Kampung Kahang Batu 28.
Salah satu perniagaan yang terkenal di Kampung Kahang Batu 28 ialah Warung Tawakal Mak Ngah. Gerai makan yang terletak di pinggir jalan raya, senantiasa menerima kunjungan para pelanggan yang dalam perjalanan ke Bandar Kluang ataupun ke Taman Negara Endau Rompin. Gerai makanan ini diusahakan oleh Midah Othman sejak sepuluh tahun yang lalu.
 |
|
| Warung Mak Ngah bersifat sederhana, namun mempunyai tetap popular di kalangan penduduk kampung. |
|
|
Bermodalkan hanya RM500, gerai makanan ini bertambah maju. Antara menu istimewa yang sering menjadi sambutan hangat para pelanggan ialah Lontong dan juga masakan Asam Pedas. Gerai makanan ini menyediakan sarapan pagi dan juga makanan tengah hari buat para pelanggan yang ingin merasai kenikmatan dan juga kelazatan resipi asli beliau. Beliau kini mampu memperoleh keuntungan kira-kira RM800 sebulan.
|