Masyarakat Sihat Kehidupan Sempurna
 |
|
| Ramai penduduk mendapatkan kemudahan pemeriksaan kesihatan di Klinik Desa Kahang |
|
|
asyarakat yang sihat mengundang kehidupan yang sempurna. Terdapat sebuah klinik desa yang dibina di Kampung Kahang Batu 28. Klinik Desa Kahang Batu 28 dikendalikan oleh seorang jururawat. Kemudahan kuarters yang disediakan memudahkan jururawat yang bertugas menangani sebarang rawatan kecemasan yang melibatkan penduduk kampung sebelum dirujuk ke hospital berhampiran. Doktor daripada hospital yang terdekat sentiasa membuat pemantauan ke Klinik Desa Kampung Kahang Batu 28 dari semasa ke semasa. Oleh sebab objektif utama penubuhan klinik desa adalah untuk meningkatkan mutu kesihatan penduduk kampung, pelbagai perkhidmatan disediakan. Antara perkhidmatan kesihatan yang disediakan ialah pemeriksaan untuk ibu dan anak, rawatan pesakit luar dan farmasi.
|