Platun RELA Kahang Memantau Keselamatan
ecara amnya soal keselamatan di Kampung Kahang Batu 28 di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM). Balai polis yang paling hampir dengan Kampung Kahang Batu 28 ialah Balai Polis Kahang yang terletak kira-kira 10 kilometer dari kawasan kampung. Terdapat juga pertubuhan keselamatan seperti Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) juga diwujudkan untuk membantu meningkatkan keselamatan penduduk. Pertubuhan RELA di sini beroperasi di bawah seliaan Platun RELA Kahang. Anggota RELA terdiri daripada anak tempatan yang sentiasa memastikan keselamatan kampung di tahap terkawal. Pihak Biro Keselamatan turut membantu ahli RELA dalam memastikan keamanan dan juga keselamatan penduduk kampung.
|