Mengecapi Kemudahan Moden
emudahan asas yang terdapat di Kampung Kahang Batu 28 boleh dibanggakan. Biarpun terletak di hujung Negeri Johor, pihak kerajaan tidak pernah meminggirkan penduduk di sini. Pelbagai jenis prasarana dan juga infrastruktur dibina bagi keselesaan dan keharmonian penduduk kampung. Hampir semua penduduk kampung memperoleh kemudahan elektrik dan bekalan air paip. Kemudahan prasarana seperti balai raya, Kompleks JKKK, Kompleks Penghulu, masjid, surau, perhentian bas dan dewan orang ramai turut dibina.
Sistem jalan raya yang efisien turut memudahkan para penduduk Kampung Kahang Batu 28 untuk menuju ke destinasi yang diingini. Pendek kata, seluruh penduduk Kampung Kahang Batu 28 kini mampu mengecap kemodenan dan juga kemudahan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
|