Deretan kedai lama yang masih terpelihara

Hubungan Tetap Erat

K

ampung Kahang Batu 28 terletak di Mukim Kahang, dalam Daerah Kluang. Kampung Kahang terletak berhampiran dengan beberapa buah kampung lain iaitu Kampung Chontoh, Kampung Seri Kenangan dan Pekan Kahang. Setiap kampung di dalam Mukim Kahang ditadbir oleh seorang Ketua Kampung dan juga seorang Penghulu Mukim yang dilantik oleh kerajaan tempatan. Kampung Kahang Batu 28 terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kahang dan berada di kawasan Parlimen Semberong.

Walaupun terletak di kawasan pedalaman, pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan sering dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung. Antara aktiviti yang sering diadakan adalah acara sukaneka, Pertandingan Bola Sepak, Program Mesra Rakyat, gotong-royong antara kampung dan juga Pesta Sukan Komuniti. Aktiviti-aktiviti kebudayaan pula seperti permainan kompang, tarian zapin, Tilawah Al-Quran dan permainan tradisional turut dianjurkan.

Jika dahulu, rata-rata penduduk kampung berjalan kaki atau menaiki basikal untuk ke satu-satu destinasi, kini semua tinggal kenangan. Majoriti penduduk kampung kini telah mampu untuk memiliki kenderaan sendiri sama ada motosikal mahupun kereta. Kemudahan perkhidmatan awam seperti bas dan teksi turut memudahkan penduduk kampung untuk menuju ke destinasi yang diingini.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK