Balai Raya Kahang

Merapatkan Perpaduan Sesama Penduduk

J

awatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ditubuhkan bagi mengeratkan perhubungan antara masyarakat dan kerajaan. JKKK turut membantu kerajaan dalam melaksanakan pelbagai program pembangunan. JKKK Kampung Kahang Batu 28 diketuai oleh Haji Aziz Dahlan dan dibantu oleh beberapa biro, seperti Biro Keselamatan, Biro Pendidikan dan Biro Kebajikan.

JKKK ditubuhkan antara lain bertanggungjawab dalam merapatkan perpaduan sesama penduduk. Pelbagai maklumat serta dasar kerajaan juga disampaikan kepada para penduduk. Ada kalanya ia disampaikan melalui program-program khusus seperti Program Anak Angkat, Program Sukan Komuniti dan sebagainya. JKKK turut berperanan mengatur projek-projek kecil yang memberi faedah kepada masyarakat kampung seperti membaik pulih sistem perparitan, gotong-royong dan lain-lain.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK