Pelbagai Kegiatan Untuk Menjana Ekonomi
ajoriti penduduk Kampung Kahang Batu 28 menjadikan kegiatan pertanian sebagai tunjang utama dalam menjana ekonomi. Jikalau dahulu penanaman padi menjadi kegiatan utama, kini penduduk kampung bergantung pada hasil tanaman kelapa sawit dan getah. Dianggarkan terdapat kira-kira 80 hektar ladang getah dan 40 hektar ladang kelapa sawit di sekitar kampung. Oleh kerana keadaan tanahnya subur dan suasana alam semula jadi yang belum terjejas, aktiviti pertanian semakin berkembang pesat.
Bagi golongan muda pula, kebanyakan mereka merantau ke kota-kota besar mencari rezeki. Ada juga yang bekerja di dalam sektor perindustrian di bandar-bandar berhampiran. Di samping itu, ada juga penduduk kampung yang membuka kedai runcit dan gerai makan bagi menampung kehidupan mereka. Kebanyakan kaum wanita melibatkan diri dalam bidang perniagaan kerana ingin membantu suami dalam menaikkan taraf hidup sekeluarga.
|