Ladang Eco Padi Organik Kahang merupakan antara lima ladang organik pertama yang menerima pengiktirafan akreditasi Skim Organik Malaysia (SOM) daripada Jabatan Pertanian Malaysia. SOM ialah satu program persijilan untuk mengiktiraf pemilik ladang yang mengusaha tanaman mengikut keperluan yang ditetapkan dalam piawaian Organik Negara, MS 1529.
Ladang Eco Padi Organik Kahang adalah sebuah ladang yang berkonsepkan pelancongan dan pertanian. Terdapat sebuah tasik terbentang di dalamnya, berserta dengan kemudahan bot dan rakit khas untuk pengunjung yang ingin menikmati keindahan sekitar kawasan ini. Ladang ini turut menjalankan penanaman padi dan buah naga. Penternakan itik juga dijalankan di sini.
|