Generasi Berilmu

S

elaras dengan prinsip kerajaan yang ingin melahirkan belia berketerampilan, berkarisma dan berakhlak mulia, justeru, pelbagai aktiviti dirancang untuk golongan ini. Aktiviti belia di Kampung Kahang Batu 28 dipantau oleh Biro Belia, Sukan dan Kebudayaan. Biro ini di bawah seliaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kahang Batu 28. Antara aktiviti yang sering dianjurkan untuk golongan belia di sini adalah aktiviti sukan serta sukaneka seperti pertandingan sepak raga, bola sepak, badminton, tarik tali dan lari dalam guni.

“Tidak hairanlah kiranya Kampung Kahang Batu 28 mampu melahirkan generasi yang berilmu dan berbudi pekerti satu hari nanti.”

 
   

Di samping itu, mereka juga turut menjayakan program khas seperti Program Anak Angkat yang dianjurkan oleh institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA dan IPTS). Aktiviti-aktiviti kebudayaan seperti latihan kompang dan tarian zapin juga dianjurkan untuk golongan belia.

Aktiviti sebegini dijalankan untuk memupuk nilai-nilai cintakan budaya dan warisan Melayu. Semangat cintakan warisan tradisional yang ditunjukkan oleh para belia di sini harus menjadi teladan dan contoh kepada belia-belia di kota-kota besar. Gejala-gejala negatif seperti menagih dadah, melepak dan juga mencuri dapat ditangani dengan baik oleh penduduk kampung. Tidak hairanlah kiranya Kampung Kahang Batu 28 mampu melahirkan generasi yang berilmu dan berbudi pekerti satu hari nanti.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK