Pelopor Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
anita di kampung ini selesa untuk menjadi pelopor dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Projek ‘Satu Kampung Satu Produk’ yang diperkenalkan oleh kerajaan ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang kampung terutamanya golongan wanita. Bantuan modal untuk memulakan perusahaan dan khidmat nasihat kewangan dan cara-cara memasarkan produk yang diusahakan membantu mereka untuk terus maju. Wanita di sini menjalankan perusahaan membuat kuih baulu, kerepek, dodol dan juga kuih tradisional di sebelah rumah mereka.
“Wanita di kampung ini selesa untuk menjadi pelopor dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS).” |
|
| |
|
Namun begitu, ada juga kaum hawa yang gemar untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan seperti kelas jahitan dan kelas agama untuk mengisi masa lapang mereka. Ada di antara mereka yang berjaya membuka kedai jahitan hasil daripada kelas yang dihadiri. Ia bukanlah suatu yang baru kerana ada sahaja program dan aktiviti akan melibatkan kaum wanita.
|