Klinik Desa Sagil Parit

Kemudahan Melayari Internet

P

rojek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) diperkenalkan oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi untuk merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kadar buta teknologi maklumat di kalangan masyarakat luar bandar. Projek USP ini disediakan di Klinik Desa Sagil untuk kemudahan orang kampung melayari internet dan mendapatkan informasi terkini di hujung jari.

 
 
Golongan remaja menggunakan kemudahan komputer

Kemudahan Internet yang terdapat di sini menjadikan perpustakaan desa ini salah satu pusat ilmu anak kampung. Kebanyakan pelajar mendapatkan maklumat terkini dengan melayari laman-laman web ilmiah secara percuma. Di sini terdapat dua buah komputer yang dibekalkan oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK), sebuah mesin pencetak dan mesin pengimbas untuk kegunaan pengguna.

Sesungguhnya kemudahan internet yang disediakan memberikan banyak manfaat kepada warga kampung. Ia bukan sahaja dinikmati oleh generasi muda, golongan dewasa juga menggunakan kemudahan yang disediakan. Golongan dewasa menggunakan kemudahan yang ada untuk melengkapkan kertas kerja dan mendapatkan berita terkini dan mutakhir di dalam dan luar negara. Setiap kemudahan yang disediakan sememangnya menambah pengetahuan penduduk kampung di dalam bidang teknologi maklumat dan menjadikan mereka seiring dengan masyarakat bandar.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK