Asal Usul Sagil

S

agil berasal daripada perkataan Cina iaitu SAA-IT atau SAA-YET yang bermaksud Pasir Bahagia atau Pasir Syurga. Perkataan ini telah dikomersilkan oleh penduduk setempat sehingga kini timbulnya nama Sagil. Kampung Parit Sagil 2 yang dahulu merupakan kawasan hutan belantara di awal penerokaan sekitar tahun 1927, telah banyak berubah. Jika dahulu ia merupakan kawasan paya dan berlembah namun kini, struktur bentuk muka bumi kampung ini telah banyak berubah dan lebih sesuai untuk aktiviti pertanian.

“Sagil berasal daripada perkataan SAA-IT atau SAA-YET yang bermaksud Pasir Bahagia atau Pasir Syurga.”

 
   

 

 
Penduduk terawal bergambar di hadapan Balai Raya
 

Di awal penerokaan, orang Jawa merupakan penduduk yang mendiami kawasan kampung ini. Kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh kasar di Estet Tanah Merah dan mengambil keputusan untuk tinggal di kawasan pinggir estet (kini merupakan Parit Sagil 2). Pada ketika itu, mereka mencuba untuk bercucuk tanam bagi kegunaan sendiri namun ia tidak bertahan lama kerana sering kali diserang haiwan liar seperti gajah dan babi hutan. Penduduk kampung pada ketika itu akhirnya mengambil keputusan untuk menjadikan kawasan ini sebagai penempatan.

Sehingga kini, kampung ini telah terpilih sebagai salah satu Kampung Gerak Daya Wawasan kerana pembangunan, keamanan dan pentadbiran kampung yang berkualiti. Masyarakat di kampung ini sentiasa memandang ke hadapan untuk memajukan kampung dan mencapai taraf hidup yang berkualiti seiring dengan arus pembangunan negara.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK