Amalan Hubungan Baik
| |
 |
| |
| Penoreh getah menjalankan tugas |
|
ianggarkan penduduk yang tinggal di kampung ini ialah seramai 800 orang merangkumi golongan kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Terdapat lebih kurang 140 buah rumah di dalam kampung yang dibina di atas tanah sendiri. Mereka tinggal secara bertaburan di dalam kawasan kampung mengikut keselesaan masing-masing.
Kaum terbesar di sini ialah kaum Melayu yang kebanyakannya berketurunan Jawa. Kebanyakan mereka bekerja sendiri dan memilih untuk mengusahakan tanah kebun yang diwarisi. Terdapat juga beberapa penduduk dari kaum Cina di kawasan ini. Kaum Cina yang mendiami kampung ini tinggal berdekatan dengan kebun sawit dan getah kepunyaan mereka.
Setiap warga kampung sentiasa mengamalkan hubungan yang baik sesama mereka. Keintiman dan keakraban di antara penduduk menjadikan kampung ini sentiasa dalam keadaan aman tenteram.
|