Sumber Pendapatan Utama
 |
|
| Kaum wanita turut menoreh getah |
|
|
umber ekonomi utama penduduk di kampung ini ialah melalui hasil tanaman kelapa sawit dan getah. Hampir keseluruhan kampung ini diliputi dengan tanaman sawit dan getah yang sangat subur yang d warisi daripada generasi terdahulu. Pendedahan yang diterima semasa muda membuatkan mereka lebih selesa untuk menjadikan aktiviti pertanian sebagai punca rezeki utama.
Terdapat organisasi seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Pertanian Johor dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang memberi bantuan dan nasihat kepada petani-petani di kampung ini. Selain itu, organisasi ini juga memberi pendedahan kepada mereka mengenai cara-cara untuk mengusahakan tanaman dan mendapatkan hasil kelapa sawit dan getah dengan cara yang betul dan berkesan. Ada di antara petani yang mendapat bantuan untuk projek tanam semula sawit dan getah. Harga pasaran yang semakin melonjak juga membuatkan ramai penduduk lebih cenderung ke arah pertanian jangka panjang ini.
| |
 |
| |
| Aktiviti Mengutip Kelapa Sawit |
|
Namun begitu, ada juga di antara penduduk yang memilih untuk menjalankan aktiviti tanaman kontan secara kecil-kecilan. Tanaman sayuran dan buah-buahan ini dipasarkan di luar kampung dan ada juga yang ditanam untuk kegunaan sendiri. Ada di antara golongan belia yang mendapat bantuan dan khidmat nasihat dalam mengusahakan tanaman seperti kacang panjang di dalam kampung ini. Komitmen dan minat yang mendalam dalam bidang pertanian, menjadikan ia sebagai pilihan utama anak watan di sini.
|