Teras Kecemerlangan Modal Insan

J

ika dilihat dari aspek pendidikan, tahap pendidikan penduduk kampung berada dalam keadaan yang baik kerana kebanyakan penduduk mendapat pendidikan yang sempurna. Kebanyakan golongan belia yang ada di sini adalah terpelajar dan ada juga segelintir anak remaja yang masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia mahupun luar negara. Bagi mereka yang lebih berusia pula, kebanyakan mereka boleh menulis dan membaca dengan baik. Generasi muda pula, kebanyakannya mendapat pendidikan di sekolah-sekolah rendah, menengah dan agama bantuan kerajaan di sekitar kawasan kampung.

Kemudahan pendidikan yang luas juga meliputi aspek pendidikan tambahan seperti kelas tuisyen, kelas mengaji dan kelas Fardu Ain. Kelas keagamaan akan diadakan bagi setiap generasi di masjid kampung di mana seorang guru agama yang bertauliah ditugaskan untuk memberikan pendidikan tidak formal ini. Penduduk bukan sahaja mementingkan pendidikan untuk kesenangan di dunia tetapi juga di akhirat kelak.

Semua ini dilakukan oleh golongan dewasa di kampung yang ingin melihat anak bangsa mereka berjaya dan menjadi seorang yang terpelajar. Bayaran yang dikenakan bagi anak-anak yang ingin mengikuti kelas tambahan sebelum peperiksaan besar dijalankan juga berpatutan. Anak muda yang ada di kampung ini diharapkan dapat membantu keluarga mereka dan mengubah taraf hidup orang kampung menjadi lebih baik.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK